PERNAH KEMURUNGAN, KHALIS FITRI BANGKIT DENGAN GAYA HIDUP AKTIF
Berasal dari negara jiran, Khalis Fitri kiranya definisi seorang lelaki
yang tidak mudah mengalah dan bangkit walau apa jua ujian yang
mendatang. Di sebalik senyuman yang manis, siapa menyangka dirinya
pernah menghadapi detik hitam yang sukar untuk digambarkan. Dek fasa
kemurungan yang pernah dihadapi baru-baru ini, Khalis tidak mudah putus
asa malah dengan gaya hidup aktif yang sihat, Khalis ingin membuktikan
tiada apa yang mustahil, asalkan ada determinasi dan semangat juang yang
tinggi. Good job Khalis! Jom ikuti temubual kami bersamanya.
GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?
KHALIS FITRI:
Terima kasih kepada penulis GL kerana sudi menemubual saya. Nama diberi
Khalis Fitri. Saya bertugas sebagai jurutera (Oil & gas), model
sambilan & jurulatih peribadi dengan pensijilan ACE. Hobi saya
bersenam, menyanyi dan menonton filem seram.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?
KHALIS FITRI:
Saya mula terlibat dalam dunia kecergasan sejak 2012. Saya mendapat
inspirasi dan motivasi untuk lebih mempelajari tentang ini dari adik
saya. Seperti saya, adik saya juga bertubuh kecil. Dia mula membina
badan dan saya menyaksi perubahan tubuhnya. Itulah kali pertama saya
menunjuk minat dengan mempelajari dalam dunia kecergasan ini. Selepas
itu, saya mula mengikut adik saya ke gim. Selain mendapat dorongan
darinya, saya juga menonton video-video di YouTube untuk menolong saya.
Dengan konsistensi dan komitmen, saya kerap ke gim dan mula membina
persahabatan dengan orang lain yang kongsi minat yang sama.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?
KHALIS FITRI:
Saya selalu dikenali sebagai seorang yang bertubuh kecil. Oleh kerana
saya tidak pernah fasih dalam bidang kecergasan, senaman saya terhad
kepada yang mudah. Apabila saya mendapat lebih pelajaran tentang aspek
seperti menggunakan alat gym dengan betul, saya mula meneroka aktiviti
yang lain untuk menolong saya mencapai matlamat untuk membina badan yang
saya idamkan. Saya juga percaya jikalau saya menjaga badan fisikal
saya, saya juga akan merasa baik dari segi emosi dan mental.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?
KHALIS FITRI:
Jadual pekerjaan saya sebagai seorang jurutera tidak menentu, ia tidak
memberikan saya peluang untuk menuntut jadual yang tetap seharian.
Tetapi dengan disiplin, saya cuba mengikut sebuah senarai yang saya
tetapkan setiap minggu. Dari segi bersenam, saya mengetepikan 2 jam di
gim setiap sesi, 3-4 Kali seminggu. Ini memberikan saya 2 hari untuk
berehat supaya tidak mengerjakan badan saya keterlaluan. Imbangan antara
rehat dan bekerja memainkan peranan yang penting untuk elakkan
kecederaan. Dari segi makanan pula, saya percaya dengan jadual makanan 3
kali sehari (sarapan, makanan tengahari can makan malam). Saya
menjadikan tabiat untuk tidak makan atau snek selepas jam 8 malam!
Selain itu saya juga menjaga penghidratan saya. Saya cuba menjaga
masa rehat dan tidur saya selama 6 hingga 8 jam sehari. Jangan
meremehkan kualiti tidur yang baik. Jika saya membuat persiapan untuk
bertanding, saya juga praktis “zero carbo diet” iaitu mengelak makanan
yang berkarbohidrat seperti nasi. Saya juga mengamalkan “cheat day”
setiap hari Sabtu. Ini memberikan saya peluang untuk makan makanan yang
saya gemari semasa saya menonton diet saya.
GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?
KHALIS FITRI: Yang menjadi inspirasi untuk mulakan perjalanan saya paling utama ialah adik saya.
GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?
KHALIS FTRI:
Pada mulanya, saya tidak ada niat untuk melibatkan diri dalam bidang
ini. Saya mulakan perjalanan saya dengan niat untuk menjaga kesihatan.
Lama kelamaan saya mula rasa yang saya gemar dan tertarik dengan
aktiviti yang saya kerap membuat. Saya mula mempelajari lebih dalam
tentang aspek aspek untuk mencapai matlamat. Dengan tidak menyedari,
saya mula mendapat ikutan ramai di sosial media dan mula menjadi
inspirasi kepada kawan-kawan.
KHALIS FITRI: Tahun ini, saya melalui suatu fasa
kemurungan yang tidak membenarkan saya untuk memberi tumpuan kepada
kesihatan dan badan saya. Ini menyebabkan saya terpaksa menarik diri
dari peluang pertandingan, yang saya telah membuat persiapan sejak tahun
lalu, kerana badan saya bukan dalam keadaan untuk bertanding. Namun,
itu hanya satu dari pengalaman yang lain yang saya mengambil iktibar
untuk kerja lebih kuat. Menjaga tubuh saya juga telah memberikan saya
keyakinan dalam diri. Walaupun saya seorang yang malu, bidang ini telah
memberi saya ruang untuk ekspres diri saya dan mencuba bidang lain
seperti modeling, lakonan di televisyen dan juga iklan.
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?
KHALIS FITRI:
Saya harap saya dapat menjadi seorang yang memberi inspirasi dan
semangat kepada kaum Adam untuk mulai perjalanan mereka dan menunjukkan
dengan niat yang betul, semangat yang konsisten, komitmen dan dedikasi,
itulah resipi untuk sukses. Saya juga harap jikalau rezeki saya, saya
dapat melibatkan diri dalam persaingan bina badan bukan sahaja di
Singapura tetapi di negeri Asia yang lain seperti Malaysia dan
Indonesia.