Sunday, August 15, 2021

Handsome Afiq Seid Fotobyali for GLAM

 AFIQ SAID, UNGGUL DARI LANTAI PERAGAAN KE PENTAS BINA BADAN

 
  

Dikurniakan wajah komersial, segak dan tampan tidak sukar bagi dirinya mencipta nama di medium media sosial. Menghiasi pelbagai kempen fesyen yang melibatkan pereka fesyen tempatan menjadikan Afiq Said antara model tempatan yang punya karisma dan attitudenya yang tersendiri. Enggan hanya dikenali sebagai seorang model tempelan, Afiq Said kini pula dilihat cemerlang apabila menyahut cabaran untuk bersaing di atas pentas bina badan pula.



GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan serba sedikit tentang diri anda?

AFIQ SAID: Pertama sekali terima kasih kepada penulis GL kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Mohamad Afiq Bin Said Abdullah, berumur 21tahun dab bekerja sebagai eksekutif perniagaan. Hobi saya bermain futsal dan gim.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?

AFIQ SAID: Saya terlibat dalam dunia kecergasan bermula dari rutin streetworkout. Kemudian selepas habis belajar, saya rasa macam ingin mencuba sesuatu yang baru, jadi saya banyak habiskan masa di gim membina badan. Dan tak sangka rutin ini benar-benar menarik perhatian saya.



GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

AFIQ SAID: Awal dahulu, saya seorang yang sangat kurus sampai nampak tulang bahu. Ramai ingat saya sakit, kurang zat dan sebagainya. Lalu saya terfikir untuk membina bentuk badan untuk menjadi lebih besar dari sebelumnya. Jadi saya bermula dengan streetworkout tetapi saya hanya menjalani rutin home workout sahaja pada masa itu. Selepas beberapa ketika di gim, saya sudah mampu melihat sesuatu yang ketara pada tubuh badan lalu momentum ini saya kekal kan sehinggalah ke hari ini.


 
 Transformasi tubuh Afiq Said.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?

AFIQ SAID: Okay rutin senaman harian saya bermula dari isnin hingga sabtu. Isnin, saya saya fokus pada bahagian dada (chest), selasa di bahagian belakang (back), rabu untuk bahu (shoulder), khamis di bahagian biceps, jumaat bahagian triceps, dan sabtu untuk kaki (leg). Ahad pula adalah home workout, terpulang nak buat atau tidak (cuti).

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?

AFIQ SAID: Dari mula saya bermula gim sehingga kini, idola saya adalah Jeff Seid.






GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?

AFIQ SAID: Sudah pasti saya ingin menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana. Pada masa kini, kita tak perlu terlibat dengan benda benda yang tidak berfaedah semata untuk berseronok. Buat badan pun best! Saya ingin sentiasa tampil sihat agar sentiasa tampak berkeyakinan, apatah lagi kerjaya saya sekarang turut menuntut saya menjaga kesihatan dan memiliki tubuh yang tegap dan lean.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

AFIQ SAID: Saya tidak mahu terlampau fokus pada body building tetapi saya suka pada men physique. Mungkin 5 tahun akan datang badan saya agak tebal sedikit dan shredded. Yang penting saya sihat.



GLAM Lelaki: Kenangan dan pahit manis dalam dunia kecergasan ini?

AFIQ SAID: Sudah pasti ada pahit manisnya. Memiliki tubuh badan sekarang memerlukan pengorbanan yang besar dan tidak datang dengan mudah, terutama sekali dalam bab permakanan. Saya akui agar sukar untuk mengharunginya. Ada ketika rasa ingin putus asa. Yang manis sudah pasti kenangan dalam menjalani latihan bersama rakan-rakan seperjuangan apatah lagi turut naik ke atas pentas bersama.

GLAM Lelaki: Pencapaian dalam bidang kecergasan?

AFIQ SAID: Saya akui saya masih ‘baru’ di atas pentas pertandingan bina badan namun alhamdulillah, baru-baru ini di MR ACT saya dapat nombor ke 50 dari lebih 100 penyertaan. Dan baru-baru ini, saya mendapat tempat tempat ketiga dalam MR Enrich. Syukur akhirnya usaha say
a membuahkan hasil yang selama ini saya impikan. Kiranya satu permulaan yang baik untuk saya.

 
GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

AFIQ SAID: Nasihat saya, jangan tergesa-gesa. Just slowly and think positive. Kata orang, kayuh perlahan-lahan. Dan ingat, permakanan itu penting! Kita adalah apa yang kita makan. So kepada anda semua. Jangan takut untuk mencuba sesuatu benda yang baru dalam diri anda. Usaha. Berkorban. Nekad jadikan ianya satu benda yang LUAR BIASA pada pandangan yang selama ini hanya mampu mengata serta mungutuk kita.




 
 Photos and article from GLAMLelaki and fotobyali instagram.


No comments:

Hor Hor Hor!!! Merry Christmas! Kith Chan The Sexy Santa

Our hot and lovely santa is kneel down bottom ready to serve all the good boy for Christmas.